Sunday, January 13, 2008

Tom Yam Original

Bahan-bahan

Semangkuk kecil isi daging ayam (dipotong dadu)
2 biji tomato (ambil sebiji yang sudah merah tua, dipotong dadu, sebiji lagi muda di belah 4)
½ batang lobak merah – dihiris nipis
4 putik jagung (dibelah 4)
Sedikit kobis bunga- potong kecil
1 inci halia - diketuk
3 batang serai - diketuk
2 pelepah daun kesum
Daun sup & daun bawang (untuk hiasan)
3-4 helai daun limau purut
Sebiji bawang besar - potong membulat
Sebiji limau nipis (ambil jus-jika suka)
2 sudu gula pasir
Garam secukup rasa
1 senduk minyak untuk tumis
3 gelas air atau lebih

Bahan untuk ditumbuk
5-6 biji cili api warna merah (jenis panjang)
2 ulas bawang merah
Seulas bawang putih
Sedikit garam

Cara masak
1. Masukkan minyak dan bahan yang telah ditumbuk dalam periuk. (jangan panaskan minyak awal2) . Nyalakan api kecil.
2. Masukkan sebiji tomato merah yang telah dipotong dadu kecil.
3. Masukkan serai dan halia yang sudah di ketuk. Biarkan merenih selama kira-kira 5-7 minit. Kacau sekali sekala supaya tak hangit. (jika cara masak betul, tumisan tak kan menyebabkan bersin, jadi api mesti kecil)
4. Masukkan ayam dan ½ cawan air. Gaul dan tutup periuk. Biarkan sampai daging ayam empuk (15 minit). Gunakan api sederhana.
5. Masukkan putik jagung ,bunga kobis dan air (3 gelas). Biarkan air menggelegak.
6. Masukkan lobak merah, tomato muda (potong 4), Daun limau purut, daun kesum dan bawang besar. Tutup periuk selama 2-3 minit.
7. Akhir sekali masukkan garam , gula , cili api yang tidak dipotong dan air juz limau nipis. Matikan api dan tutup periuk.
8. Taburkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

No comments: